Kamis, 07 Agustus 2014

5 Perkara Bawa Wanita Kesurga ...


5 Perkara Bawa Wanita Kesurga ...

Bismillah ... Perkara yg membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan
dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajiban agama. Dalam sebuah hadis riwayat
al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):"Jika seseorang wanita solat lima waktu,
berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya,nescaya ia akan masuk syurga."Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):"Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau
tidak bersamanya." Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at- Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):"Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak
membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya
mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga
melupakan rahmat Allah." Keempat, sholat malam. Dalam hadis riwayat
AbuDaud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): "Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka
melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah." Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah.Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad danTirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):"Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu
kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.


# BERSIHKAN HATI MENUJU RIDHA ILAHI#


... Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma Wabihamdika Asyhadu Allailaaha Illa Anta
Astaghfiruka Wa atuubu Ilaik ...